Company News

ANDA TANYA ? KAMI JAWAB !

Uncategorized

Berikut adalah Soalan-soalan Lazim yang sering ditanya kepada Wakil Pemasaran Hazrall & Co. Kami berharap Jawapan yang dikemukakan ini dapat membantu Anda untuk menilai Keputusan bagi menambahbaik Sistem Pengurusan Kewangan Syarikat Anda.

S. Mengapa saya perlu membuat akaun syarikat?

Secara mudahnya, akaun sesebuah syarikat merupakan sebuah nyataan yang berisi maklumat kewangan pengoperasian syarikat. Berdasarkan rekod perakaunan yang lengkap dan sistematik, Pemilik Syarikat atau Ahli Lembaga Pengarah dapat melaksanakan penilaian samada sesebuah syarikat mengalami kerugian atau telah mencapai sasaran keuntungan. Selain itu, rekod perakaunan yang sempurna dapat mengelakkan daripada unsur penyelewengan kewangan syarikat di samping merupakan keperluan untuk memenuhi tuntutan perundangan badan berkanun.

S. Mengapa saya perlu mengisytihar maklumat kewangan syarikat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri ? Apakah akan terjadi jika saya tidak berbuat demikian ?

Pengisytiharan tersebut adalah kewajipan sebagai Pemilik Syarikat yang bertanggungjawab terhadap pembangunan negara kerana berdasarkan maklumat yang dikemukakan, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menaksir samada syarikat anda atau anda sendiri perlu dikenakan cukai ataupun tidak selain merupakan tuntutan undang-undang negara. Cukai yang dikenakan ( sekiranya menepati kriteria yang perlu dicukai ) akan digunakan bagi melaksanakan pelbagai pembangunan dalam melestarikan kehidupan rakyat dan kelancaran pengoperasian negara itu sendiri. Sudah tentu jika anda gagal melaksanakan tanggungjawab ini sebagai pemilik syarikat samada dengan sengaja atau tidak sengaja, maka terdapat penalti atau secara mudahnya denda yang dikenakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri selaras dengan perundangan negara.

S. Apakah perkhidmatan yang boleh Hazrall & Co. tawarkan kepada kami ( pemilik syarikat ) ?

Hazrall & Co. menawarkan pelbagai perkhidmatan yang akan dapat membantu syarikat anda. Bermula daripada Penyetoran Buku Kira-kira, penzahiran Penyata Kewangan, Pengauditan, Penyediaan Akaun Cukai, Menghantar Maklumat Kewangan kepada Badan Berkanun, Penubuhan Syarikat samada Pemilikan Tunggal, Perkongsian, Berhad, memberi khidmat nasihat berkenaan penubuhan Kelab, Persatuan, Pertubuhan, pendaftaran Lesen Kewangan Kementerian Kewangan, CIDB dan Resident Visa. Secara asasnya, segala keperluan yang memastikan anda membuat keputusan bijak berkenaan pengoperasian syarikat anda.

S. Bagaimana dengan caj perkhidmatan ?

Caj Perkhidmatan yang dikenakan adalah sangat berpatutan dan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkanun.